Pengenalan Awal Makanan Pejal Bayi 6 Bulan


Kebanyakan para ibubapa keliru, pening dan tak tahu nak bagi apa untuk anak 6 bulan yang baru nak mula makan. Bila tanya orang tu, suruh mula dengan puri buah atau sayur, tanya orang ni puri nasi kosong..semuanya berbeza pendapat.

Jadi kat sini sy nk bantu untuk kurangkan pening tu..hehe..sama macam post saya sebelum ni bagi peralatan untuk sediakan makanan anak, saya akan kongsi cara yang paling mudah dan ikut kesenangan.

...

Sebenarnya, dua-dua pun baik dan tiada salahnya untuk permulaan awal. Bergantung kepada ibubapa sendiri dan bayi. Untuk permulaan memang kene banyak cuba jenis makanan, cara penyediaan, tekstur, cara beri makan dan macam-macam lagi. Nak intro dua-dua puri pun boleh, tapi satu-satu dulu jangan campur. Sebabnya, anak hanya makan sedikit.

Apa yang penting adalah untuk perkenalkan tekstur yang lebih likat selain cecair iaitu susu ibu/formula. Jadi, tiada masalah untuk intro yang mana, sebaiknya ikutlah "4 days wait rule" supaya senang untuk dipantau jika anak mengalami sembelit, cirit birit, keracunan atau alergik.

Jika anak menolak pun jangan risau dan jangan stress. Benda baru, tak semua boleh terima dengan baik. Beri masa pada bayi dan diri sendiri, 2 atau 3 sudu juga dah memadai sebenarnya.

Apa yang penting disini, mulakan pemakanan anak dengan "real food" bukan "instant food/fast food".

Puri buah yang mudah disediakan tanpa perlu stim/rebus:
Pisang, avocado, betik, mangga, apricot

Comments